»

Sunday, 20 November 2011

✿◕ ‿ ◕✿ mengapa pencuri dipotong tangan ✿◕ ‿ ◕✿

baru-baru ner.. dekat rumah sewa saya ada 1 kes kecurian duit..
nasihat saya.. tolong la jangan mengambil hak orang walaupun 10sen ...
berdosa 2.. Allah marah tau !.. jangan la ikut perangai yang tidak berfaedah ner...
jadi saya nk kongsi dengan anda semua .. baca lah sekadar pengajaran !!.

✿✿✿✿✿✿✿✿

Orang yang mencuri itu bukan sahaja melakukan suatu jenayah terhadap sesuatu peribadi tertentu, malah terhadap umum jua. Ia adalah suatu penyakit sosial yang memerlukan setiap peribadi dalam sesebuah masyarakat untuk memikirkan cara penghalangannya atau penyekatannya. Bila tidak ada suatu hukuman yang sesuai dikenakan ke atas pencuri, tentulah tidak berapa lama saja, di semua pelosok dunia dipenuhi oleh pencuri. Demikian pula hukuman yang dikenakan terlalu ringan dan tidak begitu berkesan, semakin lama semakin banyaklah orang yang suka mencuri, terutama sekali bila semua barang-barang terlalu mahal, dan pekerjaan sukar pula untuk dicari.



Setiap orang yang mencuri, mula-mula dengan barang-barang yang kecil, kemudian terus meningkat dari masa ke semasa sehingga menjadi seorang pencuri yang professional. Ketika itulah persoalannya akan menjadi semakin sukar dan ia merupakan suatu ancaman kepada orang ramai dan masyarakat umum.

Sebab itulah, Islam menentukan hukuman yang berat ke atas pencuri, iaitu dengan hukuman potong tangan bukan dengan hukuman denda atau penjara, sebagaimana yang dilaksanakan kini. Kesudahannya, di mana-mana akan terdapat pencuri dan perompak yang mengganas. Mereka tidak takut pada orang ramai, sebaliknya orang ramai yang takut dan bimbang jika bertembung dengan pencuri ini.

Dan sudah menjadi tabiat si pencuri, biar bagaimana berani sekalipun, mereka akan turut merasa gentar dan gerun di dalam hatinya, ketika menjalankan operasi pencurian atau rompakan. Oleh kerana itu, si pencuri itu akan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai senjata yang boleh membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan orang lain. Dalam bandar-bandar besar, si pencuri akan melengkapkan diri dengan senjata yang moden, seperti senapang atau pistol yang mampu membunuh atau mencederakan sesiapa sahaja yang menghalangnya, tidak kira ianya dari orang ramai atau pihak polis sendiri.

Kalau dia berjaya mencuri sekali, dia akan terus mencuri sampai bila-bila. Begitu juga kalau dia sudah biasa membunuh sekali, dia akan terus melakukan pembunuhan, sehingga dia menganggap membunuh adalah suatu perkara remeh, seperti membunuh ayam dan itik saja.




Kalau sudah begitu sikapnya, apakah ada lagi hukuman lain yang lebih sesuai dari memotong tangannya yang akan membahayakan orang lain. Mungkin harta benda yang dicurinya itu tidak seberapa bila dinilaikan dengan tangan yang dipotong. Tetapi itu tidak boleh dijadikan ukuran. Islam mengemukakan undang-undang itu bukan kerana hendak memotong tangan orang, tetapi tujuan utamanya ialah untuk menjauhkan manusia dari melakukan pencurian yang bukan saja boleh merosakkan harta benda orang ramai dan merosakkan keharmonian, tetapi boleh juga membahayakan jiwa.

Kalau tahu tangannya akan dipotong, kalau mencuri, maka mengapa mencuri pula? Bila tangan seorang pencuri telah dipotong, tentulah pencuri-pencuri lain akan berhenti mencuri, dan tentu sekali tak ada orang yang suka menjadi pencuri, agar tangannya tidak dipotong. Ketika itu, keamanan dan ketenteraman akan menyeluruh segala ceruk rantau negara dan orang ramai tidak akan merasa khuatir lagi tentang dirinya dan harta bendanya.

Dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu, pencuri bukan saja dipotong tangan, tetapi dipotong kepalanya. Barangkali itulah satu-satunya hukuman yang paling berat sekali yang pernah dijatuhkan ke atas orang yang mencuri dulu dan sekarang, akan tetapi dalam zaman itu keadaan tetap aman dan damai, tak ada banyak pencuri, kerana tak ada orang yang mahu kepalanya dipotong. Undang-undang itu walaupun pada lahirnya zalim sekali, tetapi efeknya berkesan sekali sehingga rakyat berasa tenang dan lega dari angkara pencurian.
Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 38 bermaksud,

“Pencuri lelaki dan pencuri wanita, potonglah kedua tangan mereka sebagai pembalasan perbuatan mereka dan sebagai peringatan dari Allah, dan Allah itu Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.”


Maka, haruslah diakui bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menjaga dengan baik tatatertib masyarakatnya, agar mereka hidup dalam ketenteraman dan keamanan. Keadaan ini tidak mungkin akan terjamin, sekiranya tidak dilaksanakan undang-undang paling berat dan kuatkuasa peraturan yang tegas terhadap rakyatnya. Maka sebab itulah diletakkan peraturan-peraturan yang berat terhadap penjenayah masyarakat seperti penzina, pencuri atau pemabuk dengan maksud agar jenayah itu dapat dihindari dan dijauhi rakyat seluruhnya.

Undang-undang yang ringan seperti yang dilaksanakan dalam undang-undang sivil jelas tidak memberikan kesan yang efektif terhadap penjenayah-penjenayah itu. Lantaran itu, penyakit-penyakit ini semakin tersebar luas dan semakin bermaharaja lela, tanpa adanya balasan yang menakutkan.

Kita berpendapat, hanya dengan adanya hukuman-hukuman yang berat sajalah, dunia kita akan terselamat dari bahaya jenayah ini, dan Islam telah pun mempraktikkan hukuman ini dalam beberapa masa yang lalu, yang harus kita jejaki langkah-langkahnya. Mudah-mudahan Allah SWT  menunjukkan manusia kepada jalan yang lebih baik bagi keselamatan dunia dan akhirat. insyaAllah…

Wallahua’lam, Sekadar perkongsian… 





No comments:

Post a Comment