i love u shah rul filtri bin yusoff
my life incomplete without you ..
Sunday, 12 February 2012
Friday, 27 January 2012
✿◕ ‿ ◕✿ aLAHAIIIIII ✿◕ ‿ ◕✿
EHHH... Dah lama x singgah blog.. almaklum ler buzy kit dah melangkah sem baru.. tambah lagi baru habis praktikal.. nak siapkan repot final lg... nak pikir kn enterviewww lg.. final projek lg.. alahaiiii pening nyer...(merungut) tapi itu la cabaran untuk berjaya.. (x baik la merungut).. ishhh...
tapi kelebihan sem ner.. saya berdekatan dengan encik abang.. alahaiii biler duduk berjauhan x boleh duduk senang la.. ada jer benda nak memikir (terlalu sayang) tapi xper sekurang2 nyer aku belajar berdikari... jauh dimata tapi sentiasa dekat di hati.. xkan lupa walau sesaat...
tapi aku ner suka wat dia kecewa .. aku bukan nak cemburu x tentu pasal.. itu semua sebab aku terlalu sayang kan dia... bia p0n pada mula nya aku bukan nak sangat kawan dengan dia.. tapi bila Allah datang kan perasaan dalam diri .. hingga hari ini.. saat ini aku terlalu sayang dia. hinggakan aku tak kan berjauhan walaupun sesaat...
aku beruntung dipertemukan dengan dia.. terima kasih Ya Allah.. "Allah sembunyikan kita matahari .. rupa2nya Allah nak hadiahkan pelangi" .. dan dia umpama pelangi dalam hidupku.. pelangi yang membuat mataku terpukau tak'kala melihatnya... pelangi yang memberi kesempurnaan dalam hidup.. pelangi yang sentiasa memberi senyuman.. dan yang paling penting pelangi yang saat indahh dalam hidup ini... xkan mudah untuk dicari.. xkan senang untuk diganti..
tapi kelebihan sem ner.. saya berdekatan dengan encik abang.. alahaiii biler duduk berjauhan x boleh duduk senang la.. ada jer benda nak memikir (terlalu sayang) tapi xper sekurang2 nyer aku belajar berdikari... jauh dimata tapi sentiasa dekat di hati.. xkan lupa walau sesaat...
tapi aku ner suka wat dia kecewa .. aku bukan nak cemburu x tentu pasal.. itu semua sebab aku terlalu sayang kan dia... bia p0n pada mula nya aku bukan nak sangat kawan dengan dia.. tapi bila Allah datang kan perasaan dalam diri .. hingga hari ini.. saat ini aku terlalu sayang dia. hinggakan aku tak kan berjauhan walaupun sesaat...
aku beruntung dipertemukan dengan dia.. terima kasih Ya Allah.. "Allah sembunyikan kita matahari .. rupa2nya Allah nak hadiahkan pelangi" .. dan dia umpama pelangi dalam hidupku.. pelangi yang membuat mataku terpukau tak'kala melihatnya... pelangi yang memberi kesempurnaan dalam hidup.. pelangi yang sentiasa memberi senyuman.. dan yang paling penting pelangi yang saat indahh dalam hidup ini... xkan mudah untuk dicari.. xkan senang untuk diganti..
Wednesday, 23 November 2011
✿◕ ‿ ◕✿ kenanganku ✿◕ ‿ ◕✿
Semuanyerr bermula di sini .. !!
Aku adalah pelajar “Politeknik Premier Ungku Omar” di Ipoh.. mengambil Diploma jurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dalam bidang Rangkaian ..
Sekarang aku berada di semester 4 iaitu (training industry) .. !! untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman..
Aku memilih Hospital Raja Permaisuri Bainun DI Unit “Teknologi Maklumat” aras 3 Kompleks Rawatan Harian..
Cehhh !!,, kat sini pengawai2 semua best !.. tapi terkadang-kala turr ada lah rasa x buas hati kit berkhidmat dekat sini.. TAPI semua kenangan disini tidak akan mungkin aku lupakan…
Dekat sini aku belajar banyak benda antara nya berkaitan hardware.. , networking .., and so on !!..
First, memang bleerr la nak buat semua ner .. tapi biler dah hadap benda yang sama .. Alhamdulillah aku Berjaya dalam setiap tugasan yang diberikan..
✿◕ ‿ ◕✿ Kata orang nak seribu daya !.. x nk seribu dalih kan ?? !..
label cable network
hasil nyerrr .. kemas kan !!
Kawan-kawan praktikal..
Saya sangat rindukan kemesraan kita.. kawan walaupun kita terpisah jauh.. namun persahabatan tidak akan terputus..
gelak tawa tak’kala kita berkumpul sama-sama.. makan sama-sama.. bergurau dengan staf-staf kat sini.. mana mungkin dapat lupa..
Dalam persahabatan tidak semestinya dipenuhi senyuman.. aku belajar erti menjadi seorang kawan .. tak’kala menghadapi masalah.. “aku sering ingat Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan hambanya”
Walaupun kita tidak segembira sewaktu pekenalan kita.. tapi buatmu sahabat .. jadilah seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah.. lakukan yang terbaik untuk hidup anda !!.. mungkin di saat ini ada sabahat yang akan menasihati kita.. biler tiba tidak ada seorang p0n yang akan mendekati kita pikir kan …
Apa p0n terima kasih semua atas jasa baik yang diberikan sepanjang saya berkhidmat di HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN.. !~! pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan .. _ dalam memories 04/07/2011-02/12/2011…
Diela sayang kowang sume ..
✿◕ ‿ ◕✿ 6 persoalan anak muda tentang kahwin awal ✿◕ ‿ ◕✿
Antara persoalan kahwin awal
haha !! ner yang member aku pos hari 2 !.. soo aku kongsi dengan kowg sume kt sini erk !!.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
✿◕ ‿ ◕✿ hehe !!.. ✿◕ ‿ ◕✿
Shah Rul Filtri ...
Buat saudaraku, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota yang ku tulis buatmu…
Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami....
Deila_Ghazali
Monday, 21 November 2011
✿◕ ‿ ◕✿ aku & kengkawan ✿◕ ‿ ◕✿
GUNUNG LANG .. IPOH
TIME NER AKU BERSAMA KENGKAWAN ... _dalam ingatan_ 2011
PeRsAhAbAtAn YanG sEjatI aKaN MemBawA KerinDuaN YaNg aBadI,
SeSunGguHnya PerSaHaBaTan ItU LeBih UnGguL DAriPaDa PerCintaaN..
, TanPa PersahaBataN, PerciNtaaN AkAn BeRaKhIr,
TetApi TaNPa PERcinTAAn, PerSahaBataN BoleH KekaL.
OlEh ItU HargaiLaH PerSahaBataN YanG TerJaliN........
hati gembira bersama teman
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian
Saat ku tulis ini aku sedang membayangkan kita duduk bersama, di pinggir danau yang indah, kita bercerita dan berbagi rasa...dan ada sahabat yang setia mendengarkan kita, kadang Dia tersenyum, kadang Dia hanya mengangguk lembut, kadang Dia mengerutkan dahi Nya, kadang juga Dia mengangat ibu jariNya..kau tau siapa Dia... ya Dia sahabat sejati kita... !!
✿✿✿ ATIQAH & DIELA ✿✿✿
Sahabat, tidak lama kita akan berpisah. Dipisahkan oleh negeri yang berbeZa, tempat yang berbeza.. dipisahkan oleh waktu, dipisahkan oleh kesibukan kesibukan tiada henti. Aku akan merindukanmu, sahabatku. Kamu di duniamu dan aku di duniaku. Semoga suatu hari nanti kita akan dipertemukan kembali.. dan persahabatan kita tidak akan terhenti...
✿✿✿ FADIHLAH & LEEYA ✿✿✿
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
✿✿✿ LEEYA & DIELA ✿✿✿
✿✿✿ CALON-CALON GADIS MELAYU ✿✿✿
✿✿ Sesungguhnya sahabat siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya...
✿✿ Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
✿✿ Hadiah Terbaik :
✿ Kepada kawan - Kesetiaan
✿ Kepada musuh - Kemaafan
✿ Kepada ketua - Khidmat
✿ Kepada yang muda - Contoh terbaik
✿ Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
✿ Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
✿ Kepada manusia - Kebebasan
✿✿ Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.... *_^ kan ?? leyaa !! fadihlah !! atiqah !! FRIENSHIP ... <3<3<3 !!!
✿◕ ‿ ◕✿ Muhasabah Cinta ✿◕ ‿ ◕✿
Dalam dunia nie xder lagi yang tak pernah rasa kecewa, mesti ada. KAN ?? KAN ?? Bohong kalau ada orang yang gembira je sepanjang masa. Kecewa dengan hidup, kerja, diri sendiri dan orang lain. Bila kecewa kita biasanya akan selangi dengan tangisan dan putus harapan. Kalau yang tak boleh kawal diri, kekecewaan akan melarat jadi teruk sampai berlakunya perkara yang memudaratkan diri sendiri seperti bunuh diri dan sebagainya.saya nak share sikit tentang kes kecewa tentang cinta ni. Seperti manusia manusia lain, sebelum mencapai kebahagiaan, sudah semestinya kita akan rasa kecewa dulu. Dalam ikatan cinta pun, biar saling mencintai, pasti ada sesuatu yang buat kita rasa kecewa dan jauh hati. Tapi jangan lah leretkan rasa kecewa itu sampai memudaratkan hubungan. Masa tengah emosi semua benda boleh jadi. Jadi belajarlah control sikit emosi itu, jangan cepat baran sehingga keluarkan kata kata tak elok kepada pasangan.jangan ikut cam perangai saya ner .. ego x tentu masa .. semua nya sebab saya sayang dia ..
Kadang kadang jaga macam mana juga pun, terkhilaf jugak. Jadi cepat cepatlah mintak maaf, jangan ego tau. Belajar jadi kuat dalam hubungan cinta, InsyaAllah hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Jika kita kecewa dengan kehidupan pulak. Senang je nak muhasabah diri, renung diri sendiri dan orang yang lagi susah daripada kita. Imbas balik apa kurnia yang Allah beri pada kita. Kita sempurna, Allah beri kita akal dan fikiran yang baik, rezeki yang banyak, tapi adakah kita bersyukur? Sedih sedih jugak, kecewa kecewa jugak, tapi ingat lah Allah jugak. Dia pencipta kita. Dia yang mencipta sedih dan Dia juga yang mencipta bahagia. Kalau mahukan sesuatu, jangan berharap pada manusia, tapi berharaplah pada Allah yep !!.
Hidup kita sepatutnya makin lama makin matang kan ??. Ujian yang datang pun makin lama makin hebat tapi kita juga akan jadi makin kuat dengan adanya setiap dugaan tu. Tempuhlah rasa kecewa kita terhadap sesuatu dengan tenang. Jangan kelam kabut, jangan emosi cam saya !!.. cian dia.. semua nya sebab saya sayang dia ! Cari punca masalah dan carilah jalan penyelesaiannya dengan baik. Jangan juga terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Kita kan ada Allah. Jahat mana pun kita, saya percaya Allah Maha Mendengar setiap keluhan yang dilalui hamba-hambanya. Soal takdir kita, itu semua di tangan Allah. Tapi kan ada dalam Al Quran, Allah takkan mengubah nasib seseorang sehinga kita mengubah nasib kita sendiri. Jadi, lewati kekecewaan dengan doa dan usaha. Anggaplah kekecewaan itu sebagai ubat untuk kita rasa bahagia di akhir masa nanti.ingat tau !!!..
haaaa !! Kunci kebahagiaan dan ketenangan adalah redha dan ikhlas. Walau banyak masalah macam mana pun, kalau kita hadapi dengan tenang, redha pada Allah dan ikhlas menjalani dugaan Allah, mesti hati kita jadi tenang. Betul, tak pecaya sila cuba Bila ada masalah, tetapkan pada diri yang Allah itu Maha Mengetahui.. Jangan merungut tapi letakkan dalam hati, bila Allah uji kita, tandanya Allah nak beri sesuatu yang lagi baik untuk kita.
Dan lagi satu sentiasalah berfikiran positif. Apabila kita berfikiran positif, kita akan jadi yang positif untuk sama-sama bergerak dengan kita. Jangan pandang rendah pada kuasa berfikiran positif tau. Kalau korang amalkan selalu, hidup korang akan selalu positif. Percayalah... tak nak pecaya pun x per !!..
Belajarlah juga semai kata kata positif dalam otak kita bila berlakunya sesuatu konflik. Contoh macam, “takpe, dugaan ni sekejap je, aku boleh harung semua ni” , “dugaan ni akan buat aku jadi lebih kuat”, “aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk hidup dalam dunia ni”, dan banyak lagi. Praktikkan banyak banyak kali, lepas tu datanglah dugaan sebesar mana pun, InsyaAllah kita dapat hadapi nya dengan tenang.
.. Alhamdulillah, sekarang dah ada seseorang yang sayangkan saya dan treasure kelebihan yang ada pada saya. Makin lama, hidup makin tenang dan bahagia walaupun masalah datang. Korang pun kalau ada masalah, jangan lah cepat down. Doa banyak banyak pada Allah. InsyaAllah Allah pasti akan tolong kita... apa yang penting DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKKAL !!.. INSYAALLAH ...
Subscribe to:
Posts (Atom)











