»

Wednesday, 23 November 2011

✿◕ ‿ ◕✿ kenanganku ✿◕ ‿ ◕✿

Semuanyerr bermula di sini .. !!


Aku adalah pelajar “Politeknik Premier Ungku Omar” di Ipoh.. mengambil Diploma jurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dalam bidang Rangkaian ..

Sekarang aku berada di semester 4 iaitu (training industry) .. !! untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman..

Aku memilih Hospital Raja Permaisuri Bainun DI Unit “Teknologi Maklumat” aras 3 Kompleks Rawatan Harian..

Cehhh !!,, kat sini pengawai2 semua best !.. tapi terkadang-kala turr ada lah rasa x buas hati kit berkhidmat dekat sini.. TAPI semua kenangan disini tidak akan mungkin aku lupakan 

Dekat sini aku belajar banyak benda antara nya berkaitan hardware.. , networking .., and so on !!..
First, memang bleerr la nak buat semua ner .. tapi biler dah hadap benda yang sama .. Alhamdulillah aku Berjaya dalam setiap tugasan yang diberikan..

✿◕ ‿ ◕✿ Kata orang nak seribu daya !.. x nk seribu dalih kan ?? !.. 


 label cable network




 hasil nyerrr .. kemas kan !!

Kawan-kawan praktikal..

Saya sangat rindukan kemesraan kita.. kawan walaupun kita terpisah jauh.. namun persahabatan tidak akan terputus..
gelak tawa tak’kala kita berkumpul sama-sama.. makan sama-sama.. bergurau dengan staf-staf kat sini.. mana mungkin dapat lupa..

Dalam persahabatan tidak semestinya dipenuhi senyuman.. aku belajar erti menjadi seorang kawan .. tak’kala menghadapi masalah.. “aku sering ingat Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan hambanya”

Walaupun kita tidak segembira sewaktu pekenalan kita.. tapi buatmu sahabat .. jadilah seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah.. lakukan yang terbaik untuk hidup anda !!.. mungkin di saat ini ada sabahat yang akan menasihati kita.. biler tiba tidak ada seorang p0n yang akan mendekati kita pikir kan    

Apa p0n terima kasih semua atas jasa baik yang diberikan sepanjang saya berkhidmat di HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN.. !~! pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan .. _ dalam memories 04/07/2011-02/12/2011

Diela sayang kowang sume ..




✿◕ ‿ ◕✿ 6 persoalan anak muda tentang kahwin awal ✿◕ ‿ ◕✿

Antara persoalan kahwin awal
haha !! ner yang member aku pos hari 2 !.. soo aku kongsi dengan kowg sume kt sini erk !!.


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)




✿◕ ‿ ◕✿ hehe !!.. ✿◕ ‿ ◕✿

 Shah Rul Filtri ...



Buat saudaraku, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami....





Deila_Ghazali


Monday, 21 November 2011

✿◕ ‿ ◕✿ aku & kengkawan ✿◕ ‿ ◕✿

     GUNUNG LANG .. IPOH


TIME NER AKU BERSAMA KENGKAWAN ... _dalam ingatan_ 2011


PeRsAhAbAtAn YanG sEjatI aKaN MemBawA KerinDuaN YaNg aBadI, 
SeSunGguHnya PerSaHaBaTan ItU LeBih UnGguL DAriPaDa PerCintaaN..
, TanPa PersahaBataN, PerciNtaaN AkAn BeRaKhIr,
 TetApi TaNPa PERcinTAAn, PerSahaBataN BoleH KekaL.
 OlEh ItU HargaiLaH PerSahaBataN YanG TerJaliN........


hati gembira bersama teman
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian


Saat ku tulis ini aku sedang membayangkan kita duduk bersama, di pinggir danau yang indah, kita bercerita dan berbagi rasa...dan ada sahabat yang setia mendengarkan kita, kadang Dia tersenyum, kadang Dia hanya mengangguk lembut, kadang Dia mengerutkan dahi Nya, kadang juga Dia mengangat ibu jariNya..kau tau siapa Dia... ya Dia sahabat sejati kita... !!  

✿✿✿ ATIQAH & DIELA ✿✿✿

Sahabat, tidak lama kita akan berpisah. Dipisahkan oleh negeri yang berbeZa, tempat yang berbeza.. dipisahkan oleh waktu, dipisahkan oleh kesibukan kesibukan tiada henti. Aku akan merindukanmu, sahabatku. Kamu di duniamu dan aku di duniaku. Semoga suatu hari nanti kita akan dipertemukan kembali.. dan persahabatan kita tidak akan terhenti... 


✿✿✿ FADIHLAH & LEEYA ✿✿✿


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

✿✿✿ LEEYA & DIELA ✿✿✿



✿✿✿ CALON-CALON GADIS MELAYU ✿✿✿



✿✿ Sesungguhnya sahabat siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya...

✿✿ Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

✿✿  Hadiah Terbaik :

 Kepada kawan - Kesetiaan

 Kepada musuh - Kemaafan

 Kepada ketua - Khidmat

 Kepada yang muda - Contoh terbaik

 Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

 Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

 Kepada manusia - Kebebasan

✿✿ Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.... *_^ kan ?? leyaa !! fadihlah !! atiqah !! FRIENSHIP ... <3<3<3 !!!




✿◕ ‿ ◕✿ bidadari syurga ✿◕ ‿ ◕✿

✿◕ ‿ ◕✿ Muhasabah Cinta ✿◕ ‿ ◕✿



Dalam dunia nie xder lagi yang tak pernah rasa kecewa, mesti ada. KAN ?? KAN ?? Bohong kalau ada orang yang gembira je sepanjang masa. Kecewa dengan hidup, kerja, diri sendiri dan orang lain. Bila kecewa kita biasanya akan selangi dengan tangisan dan putus harapan. Kalau yang tak boleh kawal diri, kekecewaan akan melarat jadi teruk sampai berlakunya perkara yang memudaratkan diri sendiri seperti bunuh diri dan sebagainya.saya nak share sikit tentang kes kecewa tentang cinta ni. Seperti manusia manusia lain, sebelum mencapai kebahagiaan, sudah semestinya kita akan rasa kecewa dulu. Dalam ikatan cinta pun, biar saling mencintai, pasti ada sesuatu yang buat kita rasa kecewa dan jauh hati. Tapi jangan lah leretkan rasa kecewa itu sampai memudaratkan hubungan. Masa tengah emosi semua benda boleh jadi. Jadi belajarlah control sikit emosi itu, jangan cepat baran sehingga keluarkan kata kata tak elok kepada pasangan.jangan ikut cam perangai saya ner .. ego x tentu masa .. semua nya sebab saya sayang dia ..

Kadang kadang jaga macam mana juga pun, terkhilaf jugak. Jadi cepat cepatlah mintak maaf, jangan ego tau. Belajar jadi kuat dalam hubungan cinta, InsyaAllah hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Jika kita kecewa dengan kehidupan pulak. Senang je nak muhasabah diri, renung diri sendiri dan orang yang lagi susah daripada kita. Imbas balik apa kurnia yang Allah beri pada kita. Kita sempurna, Allah beri kita akal dan fikiran yang baik, rezeki yang banyak, tapi adakah kita bersyukur? Sedih sedih jugak, kecewa kecewa jugak, tapi ingat lah Allah jugak. Dia pencipta kita. Dia yang mencipta sedih dan Dia juga yang mencipta bahagia. Kalau mahukan sesuatu, jangan berharap pada manusia, tapi berharaplah pada Allah yep !!.




Hidup kita sepatutnya makin lama makin matang kan ??. Ujian yang datang pun makin lama makin hebat tapi kita juga akan jadi makin kuat dengan adanya setiap dugaan tu. Tempuhlah  rasa kecewa kita terhadap sesuatu dengan tenang. Jangan kelam kabut, jangan emosi cam saya !!.. cian dia.. semua nya sebab saya sayang dia ! Cari punca masalah dan carilah jalan penyelesaiannya dengan baik. Jangan juga terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Kita kan ada Allah. Jahat mana pun kita, saya percaya Allah Maha Mendengar setiap keluhan yang dilalui hamba-hambanya. Soal takdir kita, itu semua di tangan Allah. Tapi kan ada dalam Al Quran, Allah takkan mengubah nasib seseorang sehinga kita mengubah nasib kita sendiri. Jadi, lewati kekecewaan dengan doa dan usaha. Anggaplah kekecewaan itu sebagai ubat untuk kita rasa bahagia di akhir masa nanti.ingat tau !!!..

haaaa !! Kunci kebahagiaan dan ketenangan adalah redha dan ikhlas. Walau banyak masalah macam mana pun, kalau kita hadapi dengan tenang, redha pada Allah dan ikhlas menjalani dugaan Allah, mesti hati kita jadi tenang. Betul, tak pecaya sila cuba  Bila ada masalah, tetapkan pada diri yang Allah itu Maha Mengetahui.. Jangan merungut tapi letakkan dalam hati, bila Allah uji kita, tandanya Allah nak beri sesuatu yang lagi baik untuk kita.
Dan lagi satu sentiasalah berfikiran positif. Apabila kita berfikiran positif, kita akan jadi yang positif untuk sama-sama bergerak dengan kita. Jangan pandang rendah pada kuasa berfikiran positif tau. Kalau korang amalkan selalu, hidup korang akan selalu positif. Percayalah... tak nak pecaya pun x per !!..

Belajarlah juga semai kata kata positif dalam otak kita bila berlakunya sesuatu konflik. Contoh macam, “takpe, dugaan ni sekejap je, aku boleh harung semua ni” , “dugaan ni akan buat aku jadi lebih kuat”, “aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk hidup dalam dunia ni”, dan banyak lagi. Praktikkan banyak banyak kali, lepas tu datanglah dugaan sebesar mana pun, InsyaAllah kita dapat hadapi nya dengan tenang.

.. Alhamdulillah, sekarang dah ada seseorang yang sayangkan saya dan treasure kelebihan yang ada pada saya. Makin lama, hidup makin tenang dan bahagia walaupun masalah datang. Korang pun kalau ada masalah, jangan lah cepat down. Doa banyak banyak pada Allah. InsyaAllah Allah pasti akan tolong kita... apa yang penting DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKKAL !!.. INSYAALLAH ...



✿◕ ‿ ◕✿ Biar Sampai Syurga ✿◕ ‿ ◕✿


best nyer !!.. 






✿◕ ‿ ◕✿ anivesery ✿◕ ‿ ◕✿



 hekhek !!..  hari ner anivesery saya .. saya harap apa yang terbina akan terus berkekalan hingga akhir hayat..



" love you sayang "

Buat si dia..terima kasih kerana menerima diri ini dengan seadanya. Dalam hati ni rasa bersyukur sangat2 dapat bersama dengan kamu. Aku insan yang sangat lemah. Bimbinglah aku, marahi aku dan tegurlah aku bila aku tersasar dari landasan. Terima kasih kerana menjadi yang terindah dalam hidup aku..dan yang terindah dalam segalanya. Aku tak janji takkan buat salah lagi, tapi aku janji yang hati ini tetap milik kamu selamanya..







Sunday, 20 November 2011

✿◕ ‿ ◕✿ Cara Akses Website yang Disekat ✿◕ ‿ ◕✿

p/s : Tekan gambar tu kalau x jelas

Langkah Pertama


Masuk ke internet connection korang n right click pada internet connection korang tu and pilih status.


Langkah Kedua

Kemudian akan keluar satu box selepas korang tekan status tu dan klik properties seperti gambar di bawah.


Langkah Ketiga

Lepas tu korang p networking tab dan cari Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan klik pada properties.Tekan dulu Protocol Version 4 (TCP/IPv4) sebelum klik properties.
 

Langkah Keempat

Klik pada Use the following server address dan masukkan kod seperti berikut dan tekan OK. Kemudian anda boleh melayari website2 yang telah disekat tanpa sebarang masalah.:)

 Preferred DNS server :  208.67.222.222

 Alternate DNS server :   208.67.220.220




 Langkah Kelima (Buat langkah ini sekiranya langkah 1-4 x berjaya..)

Langkah kali ni hanya bagi mereka yang tidak berjaya membuat langkah pertama sehingga langkah keempat..Ulangi langkah 1-4..tapi jangan tekan ok dlu..kalau langka keempat tekan ok kan.Kali ni jangan tekan dulu.Klik pada advanced seperti dalam gambar di bawah.


 Langkah Keenam

 Pergi ke tab DNS


 Langkah Ketujuh

Perhatikan DNS server seperti nombor satu dalam gambar dibawah.Pastikan tidak ada DNS lain.Kalau ada,tick DNS tu dan remove.Selepas itu pastikan anda tick "Use this connection DNS suffix in DNS registration" seperti nombor dua dalam gambar dibawah.Selepas itu tekan Ok.Ok.Close Close



Kebaikan mengunakan teknik hack DNS server ini ialah :

1- Websites yang telah diblok dapat diakses semula

2- Surf internet bertambah laju dan mengelakkan "hang"

Keburukan menggunakan teknik hack DNS server ini ialah :

1- Boleh kena virus/malware kalau PC/Laptop tidak mempunyai antivirus yang sesuai

Apabila kita telah menukar DNS server maka anda akan dapat mengakses laman yg telah di blok di Malaysia dan dengan pemilihan DNS server yang bagus anda juga telah melajukan akses internet anda .. 


✿◕ ‿ ◕✿ good luck !!..







✿◕ ‿ ◕✿ Si Jalak Dan Permata Zamrud ✿◕ ‿ ◕✿


PADA suatu masa dahulu ada sekumpulan ayam yang tinggal di dalam sebuah reban. Di dalam reban ini ada lima ekor ayam betina dan seekor ayam jantan. Ayam jantan ini diberi nama Si Jalak.

Si Jalak ialah seekor ayam jantan yang segak. Bulunya berwarna coklat serta berjalur hitam dan bertompok-tompok putih. Ekornya hitam berkilat. Balungnya merah menyala.

Si Jalak mempunyai ramai kawan. Selain dari ibu-ibu ayam yang tinggal sereban dengannya, dia juga berkawan dengan kambing, lembu, angsa dan itik. Jika dia berjumpa dengan mereka, ada sahaja yang hendak dibualkannya.

Si Jalak juga menjadi kesayangan tuannya. Setiap subuh, Si Jalak akan mengokok dengan suara yang nyaring dan merdu. Apabila Si Jalak mengokok di waktu subuh, ” Uk … uk … uk … uuuuuk….,” tuannya akan terjaga. Tuannya pula akan membangunkan seluruh keluarganya untuk menunaikan fardhu subuh.

Pada suatu hari, Si Jalak sedang memakan dedak yang ditabur oleh isteri tuannya di belakang rumah. Anak tuannya yang baru belajar berjalan sedang bermain di halaman. Budak itu berlari mengejar rama-rama yang terbang dekat serumpun pokok bunga mawar.

Si Jalak hanya memerhatikan sahaja budak itu.

Tiba-tiba Si Jalak ternampak seekor ular kapak sedang melingkar di ranting pokok bunga mawar itu. Si Jalak meluru ke arah pokok bunga mawar dan mematuk ular tersebut. Ular itu jatuh ke tanah. Si Jalak terus mematuknya hingga mati. Budak kecil itu terkejut dan terjatuh lalu menangis.

Ibu budak itu turun dari rumah dan berlari mendapatkan anaknya. Didukung anaknya dan dipeluknya. Apabila dia ternampak ular itu, dia terus berlari naik ke rumah dan memberitahu suaminya.

Suaminya turun membawa sebatang buluh. Dia menuju ke arah pokok bunga mawar, tetapi apabila dikuis ular itu, didapatinya ular itu telah mati. Seluruh tubuh ular itu terdapat kesan dipatuk. Dia ternampak Si Jalak berada berhampiran. Tahulah dia bahawa Si Jalak telah menyelamatkan anaknya.

Dia naik semula dan memberitahu isterinya supaya berhati-hati apabila anak mereka bermain di halaman. Katanya, “Mujur juga ada Si Jalak di situ. Si Jalaklah yang membunuh ular itu. Jika tidak, tentulah anak kita dipatuk oleh ular kapak itu.”

Pada petang itu, Si Jalak pun pergilah mencari kambing. Kambing sedang meragut rumput di tepi batas. Si Jalak menegur kambing, “Hai kambing. Pagi tadi aku telah membunuh seekor ular kapak di celah pokok bunga mawar. Mujur juga aku nampak, jika tidak sudah tentu dipatuknya anak tuan kita.”

“Baguslah begitu Jalak. Tentu tuan kita sayangkan kau. Jika tuan kita sayangkan kita, hidup kita pun senang,” jawab kambing. Mereka terus berbual-bual hingga hari senja. Si Jalak dan kambing pun berjalan pulang. Di pertengahan jalan, mereka berjumpa lembu yang baru pulang dari bekerja menarik kereta lembu.

Si Jalak melompat naik ke atas belakang lembu. Mereka bertiga terus berjalan pulang. Sampai sahaja mereka ke rumah tuan mereka, Si Jalak pun terus masuk ke rebannya. Kambing dan lembu pula masuk ke kandang masing-masing.

Subuh esoknya, Si Jalak bangun dan berkokok, ” Uk …. uk …. uk …. uuuk.” Ibu-ibu ayam pun bangun. Mereka turun dari reban bersama anak-anak mereka untuk mencari makan. Si Jalak juga keluar. Kali ini Jalak ingin mencari makan di tempat orang menumbuk padi untuk dibuat beras. Selalunya ada beras yang tumpah dari lesung.

Oleh kerana hari masih awal, belum ada orang di tempat menumbuk padi itu. Si Jalak pun makanlah sekenyang-kenyangnya. Tiba-tiba di terlihat kerlipan hijau dari celah semak. Dia pergi menghampiri cahaya hijau tadi.

Di celah semak itu di lihatnya sebutir batu hijau yang sungguh cantik. Walau pun batu itu kecil sahaja, namun kerlipannya amat menawan hati. Si Jalak menghampiri batu itu dan membeleknya dengan paruhnya. Nampaknya batu ini bukan sebarang batu. Ini mesti batu permata, fikir Si Jalak.

Si Jalak terus mematuk batu itu dan disimpannya di dalam mulutnya. Dia terus pulang. Di pertengahan jalan, Si Jalak bertembung dengan angsa. Angsa menegurnya, “Hai Jalak. Semasa aku berjalan di bawah rumah tuan kita tadi, aku dengar tuan memuji-muji keberanian kau membunuh ular kapak yang bisa kelmarin.”

Si Jalak hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu membuka mulutnya kerana takut batu permata tadi jatuh ke tanah. Angsa menjadi hairan kerana Si Jalak langsung tidak menegurnya. Amboi, baru dipuji sedikit, sudah mula sombong, fikir angsa. Angsa berasa kecil hati atas perbuatan Si Jalak itu.

Apabila sampai di reban, Si Jalak melihat ibu-ibu ayam dan anak-anak mereka sedang berlegar di keliling reban. Si Jalak terus masuk ke dalam reban. Ada beberapa anak ayam cuba mengikutnya masuk ke reban, dikuisnya mereka dengan kakinya. Lari bertempiaranlah anak-anak ayam itu.

“Klak. Klak. Mengapa pula Si Jalak memarahi anak-anak kita ni? Bukannya mereka mengacaunya. Tetapi mengapa pula tidak dibenarkan mereka masuk ke reban?” rungut seekor ibu ayam.

Si Jalak masuk ke reban dan cuba mencari tempat untuk menyembunyikan batu permata itu. Mula-mula diselitkannya di celah dinding buluh reban itu. Kemudian diubahkannya ke bawah sekeping lantai yang longgar. Si Jalak terus duduk di atas kepingan lantai itu. Dia tidak keluar dari reban itu sepanjang hari.

Apabila hari sudah senja, ibu-ibu ayam pun membawa anak-anak mereka masuk ke dalam reban. Mereka hairan melihat Si Jalak duduk di atas lantai reban itu seolah-olah sedang mengeramkan telur. Ibu-ibu ayam tidak berkata apa-apa. Mereka hanya memerhatikan telatah Si Jalak.

Pada malam itu, Si Jalak tidak dapat lena. Dia takut batu permatanya dicuri. Jadi berjagalah dia sepanjang malam. Apabila sudah subuh, Si Jalak pun berkokok, ” Uk … uk …” Si Jalak terlalu mengantuk hinggakan suaranya pun tidak keluar untuk berkokok.

Oleh kerana suaranya terlalu perlahan, tuannya tidak terjaga awal. Apabila tuannya terjaga, dilihatnya matahari sudah tinggi. Bergegaslah tuannya membangunkan keluarganya untuk bersembahyang subuh. Pagi itu mereka bersembahyang subuh gajah. Tuannya merungut kerana Si Jalak tidak berkokok dengan kuat seperti biasa.

Ibu-ibu ayam dan anak-anak mereka pun keluar reban. Setelah mereka keluar barulah Si Jalak melelapkan matanya. Dia tidak keluar dari rebannya untuk mencari makan. Dia hanya tidur di dalam rebannya sehari suntuk. Apabila sudah petang, perutnya berasa lapar, tetapi dia tidak mahu keluar kerana takut meninggalkan batu permatanya.

Pada subuh esoknya, Si Jalak terjaga apabila hari sudah siang. Rebannya pun telah kosong kerana semua ibu dan anak ayam sudah lama keluar untuk mencari makan. Si Jalak terdengar tuannya marah-marah kerana Si Jalak tidak berkokok subuh itu.

Si Jalak berasa sangat lapar kerana sudah dua hari tidak makan. Oleh kerana terlalu lapar dan haus, Si Jalak terpaksa keluar. Sebelum dia keluar, dia telah mengubah tempat persembunyian batu permatanya. Kali ini dimasukkannya batu permata itu ke dalam sebuah lubang kecil di tepi dinding.

Si Jalak pun keluar reban. Dia berlari ke belakang rumah tuannya dengan harapan ada makanan. Rupanya semua makanan yang disediakan oleh isteri tuannya telah dimakan oleh ibu-ibu ayam, anak-anak ayam, itik dan angsa.

Si Jalak menjadi marah kerana sudah tiada apa yang ada untuk dimakan. Dia tidak pergi ke tempat orang menumbuk padi kerana tidak mahu berjauhan dari batu permatanya.

Itik datang menghampirinya lalu berkata, “Hai Jalak. Sudah dua hari kamu tidak keluar reban. Adakah kamu sakit?”

“Kalau aku sakit pun, bukan menyusahkan kamu!” jawab Si Jalak dengan sombong. Itik sungguh terkejut mendengar jawapan Si Jalak hinggakan tidak dapat berkata apa-apa. Itik terus berundur dari situ dan pergi mendapatkan angsa.

“Betul juga kata kamu, angsa. Si Jalak sudah menjadi bongkak,” lalu itik menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Angsa hanya menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah tidak percaya apa yang terjadi. Ini adalah kerana mereka berkawan rapat dengan Si Jalak sejak kecil lagi.

Si Jalak pula pergilah ke kawasan limbah di belakang dapur untuk mencari makanan. Dia tahu bahawa makanan di situ tidak bersih, tetapi kerana terlalu lapar, dimakannya juga apa yang ada di limbah itu. Biarlah tak kenyang, tetapi aku sekarang ada batu permata, fikir Si Jalak.

Lepas makan, Si Jalak terus masuk ke rebannya. Dia terus memeriksa lubang tempat dia menyembunyikan batu permata itu. Dilihatnya batu permata itu masih ada di dalam lubang. Dia kemudian menyumbatkan jerami padi ke dalam lubang supaya batu permata itu tidak dapat di lihat langsung.

Beberapa hari berlalu. Perangai Si Jalak berubah terlalu mendadak. Ibu-ibu ayam berbincang sesama sendiri. Itik dan angsa pula pergi berjumpa kambing dan lembu menceritakan telatah Si Jalak.

Lembu kemudiannya menceritakan perbualan tuan mereka dengan seorang petani ketika dia menarik kereta lembu pagi. Tuannya berhajat hendak membela ayam jantan yang lain kerana Si Jalak sudah tidak boleh berkokok pada waktu subuh lagi.

Itik dan angsa pulang dan berjumpa ibu-ibu ayam. Mereka menceritakan apa yang mereka dengar dari lembu. Ibu-ibu ayam menjadi susah hati kerana mereka telah mengenali Si Jalak dari mereka kecil lagi. Kalau ayam jantan lain datang, mereka tentu terpaksa menyesuaikan diri dengan ayam jantan yang baru pula.

Ibu-ibu ayam bermesyuarat mengenai pengembangan terbaru ini. Mereka bersetuju untuk berhadapan dengan Si Jalak untuk mencari penyelesaian masalahnya. Kelima ibu ayam itu pun masuk ke reban.

Di dalam reban itu mereka jumpa Si Jalak yang sedang duduk bersandar ke dinding. Ibu ayam yang tertua berkata, “Hai Jalak. Kami ingin bertanyakan sesuatu dari kamu. Kami harap kamu bersedia menyatakan masalah kamu.”

“Yang kamu semua sibuk ni, mengapa?” kata Si Jalak dengan angkuh.

“Kami sibuk kerana kami dapat tahu bahawa tuan kita hendak menggantikan kamu dengan ayam jantan yang lain. Jika itu betul, kami rasa kamu akan disembelih untuk dibuat lauk kerana sekarang ini kamu tidak berguna lagi,” kata ibu ayam.

Rasa nak pitam Si Jalak mendengar kata-kata ibu ayam itu. Memang benar sudah hampir seminggu dia tidak berkokok kerana badannya lemah dan selalu tak cukup tidur. Kata ibu ayam lagi, “Sekarang ini kawan-kawan baik kamu semuanya mengatakan bahawa kamu ini sombong. Tetapi mereka semua masih sayangkan kamu. Itulah mereka selalu bertanya khabar. Cuma kamu sahaja tidak menghargai persahabatan mereka.”

Si Jalak berasa sangat sedih. Sejak dia berjumpa batu permata ini, hidupnya menjadi susah. Setiap hari dia tidak cukup makan. Kawan-kawannya pula terpaksa menjauhkan diri kerana dia tidak mempedulikan mereka. Tuannya yang dahulu menyayanginya, kini hendak menggantikan dia dengan ayam jantan yang lain. Ibu-ibu dan anak-anak ayam juga sering berkecil hati kerana dia selalu memarahi mereka jika mereka menghampiri tempat dia menyembunyikan batu permatanya.

Setelah berfikir dengan mendalam mengenai masalahnya, Si Jalak pun berterus terang dengan ibu-ibu ayam. Mereka pun meminta ditunjukkan batu permata itu. “Klak. Klak. Klak. Cantiknya batu permata hijau ini. Patutlah kamu amat menyayanginya,” kata mereka. Tetapi Si Jalak telah pun membuat keputusan dia tidak mahukan batu permata ini lagi, walau bagaimana cantik pun.

Si Jalak mengutip batu permata itu dengan paruhnya dan dibawanya keluar dari reban. Dia berjalan ke arah rumah tuannya. Dilihatnya isteri dan anak tuannya sedang duduk dibawah pokok jambu air di tepi rumah. Dia pergi kepada isteri tuannya dan diluahkannya batu permata hijau itu. Batu permata itu pun jatuh ke tanah di tepi kaki isteri tuannya itu.

Melihatkan batu berwarna hijau diluahkan oleh Si Jalak, isteri tuannya itu pun tunduk dan mengambil batu itu. “Aduh. Bertuah betul kamu ini Jalak! Batu zamrud yang terjatuh dari cincin perkahwinanku dulu telah dijumpai. Sudah hampir seminggu aku mencarinya, baru sekarang berjumpa,” kata isteri tuannya sambil memanggil suaminya turun.

Suaminya pun turun dan ditunjukkan batu zamrud yang dijumpai oleh Si Jalak. Tuan Si Jalak sungguh gembira kerana sudah seminggu isterinya bersugul kerana kehilangan batu zamrud itu. Si Jalak berlalu dari situ dengan senang hati. Dia pergi mencari kawan-kawannya itik, angsa, kambing dan lembu untuk meminta maaf kepada mereka atas sikapnya akhir-akhir ini.

Sejak hari itu, Si Jalak berkokok setiap waktu subuh dengan suara yang lebih nyaring dan merdu. Tuannya juga tidak lagi bangun lewat dan sentiasa dapat mengerjakan sembahyang subuh tepat pada waktunya. Si Jalak terus disayangi oleh tuannya seisi keluarga. Kawan-kawan Si Jalak juga gembira kerana Si Jalak kembali menjadi riang dan peramah.


✿◕ ‿ ◕✿ mengapa pencuri dipotong tangan ✿◕ ‿ ◕✿

baru-baru ner.. dekat rumah sewa saya ada 1 kes kecurian duit..
nasihat saya.. tolong la jangan mengambil hak orang walaupun 10sen ...
berdosa 2.. Allah marah tau !.. jangan la ikut perangai yang tidak berfaedah ner...
jadi saya nk kongsi dengan anda semua .. baca lah sekadar pengajaran !!.

✿✿✿✿✿✿✿✿

Orang yang mencuri itu bukan sahaja melakukan suatu jenayah terhadap sesuatu peribadi tertentu, malah terhadap umum jua. Ia adalah suatu penyakit sosial yang memerlukan setiap peribadi dalam sesebuah masyarakat untuk memikirkan cara penghalangannya atau penyekatannya. Bila tidak ada suatu hukuman yang sesuai dikenakan ke atas pencuri, tentulah tidak berapa lama saja, di semua pelosok dunia dipenuhi oleh pencuri. Demikian pula hukuman yang dikenakan terlalu ringan dan tidak begitu berkesan, semakin lama semakin banyaklah orang yang suka mencuri, terutama sekali bila semua barang-barang terlalu mahal, dan pekerjaan sukar pula untuk dicari.



Setiap orang yang mencuri, mula-mula dengan barang-barang yang kecil, kemudian terus meningkat dari masa ke semasa sehingga menjadi seorang pencuri yang professional. Ketika itulah persoalannya akan menjadi semakin sukar dan ia merupakan suatu ancaman kepada orang ramai dan masyarakat umum.

Sebab itulah, Islam menentukan hukuman yang berat ke atas pencuri, iaitu dengan hukuman potong tangan bukan dengan hukuman denda atau penjara, sebagaimana yang dilaksanakan kini. Kesudahannya, di mana-mana akan terdapat pencuri dan perompak yang mengganas. Mereka tidak takut pada orang ramai, sebaliknya orang ramai yang takut dan bimbang jika bertembung dengan pencuri ini.

Dan sudah menjadi tabiat si pencuri, biar bagaimana berani sekalipun, mereka akan turut merasa gentar dan gerun di dalam hatinya, ketika menjalankan operasi pencurian atau rompakan. Oleh kerana itu, si pencuri itu akan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai senjata yang boleh membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan orang lain. Dalam bandar-bandar besar, si pencuri akan melengkapkan diri dengan senjata yang moden, seperti senapang atau pistol yang mampu membunuh atau mencederakan sesiapa sahaja yang menghalangnya, tidak kira ianya dari orang ramai atau pihak polis sendiri.

Kalau dia berjaya mencuri sekali, dia akan terus mencuri sampai bila-bila. Begitu juga kalau dia sudah biasa membunuh sekali, dia akan terus melakukan pembunuhan, sehingga dia menganggap membunuh adalah suatu perkara remeh, seperti membunuh ayam dan itik saja.




Kalau sudah begitu sikapnya, apakah ada lagi hukuman lain yang lebih sesuai dari memotong tangannya yang akan membahayakan orang lain. Mungkin harta benda yang dicurinya itu tidak seberapa bila dinilaikan dengan tangan yang dipotong. Tetapi itu tidak boleh dijadikan ukuran. Islam mengemukakan undang-undang itu bukan kerana hendak memotong tangan orang, tetapi tujuan utamanya ialah untuk menjauhkan manusia dari melakukan pencurian yang bukan saja boleh merosakkan harta benda orang ramai dan merosakkan keharmonian, tetapi boleh juga membahayakan jiwa.

Kalau tahu tangannya akan dipotong, kalau mencuri, maka mengapa mencuri pula? Bila tangan seorang pencuri telah dipotong, tentulah pencuri-pencuri lain akan berhenti mencuri, dan tentu sekali tak ada orang yang suka menjadi pencuri, agar tangannya tidak dipotong. Ketika itu, keamanan dan ketenteraman akan menyeluruh segala ceruk rantau negara dan orang ramai tidak akan merasa khuatir lagi tentang dirinya dan harta bendanya.

Dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu, pencuri bukan saja dipotong tangan, tetapi dipotong kepalanya. Barangkali itulah satu-satunya hukuman yang paling berat sekali yang pernah dijatuhkan ke atas orang yang mencuri dulu dan sekarang, akan tetapi dalam zaman itu keadaan tetap aman dan damai, tak ada banyak pencuri, kerana tak ada orang yang mahu kepalanya dipotong. Undang-undang itu walaupun pada lahirnya zalim sekali, tetapi efeknya berkesan sekali sehingga rakyat berasa tenang dan lega dari angkara pencurian.
Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 38 bermaksud,

“Pencuri lelaki dan pencuri wanita, potonglah kedua tangan mereka sebagai pembalasan perbuatan mereka dan sebagai peringatan dari Allah, dan Allah itu Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.”


Maka, haruslah diakui bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menjaga dengan baik tatatertib masyarakatnya, agar mereka hidup dalam ketenteraman dan keamanan. Keadaan ini tidak mungkin akan terjamin, sekiranya tidak dilaksanakan undang-undang paling berat dan kuatkuasa peraturan yang tegas terhadap rakyatnya. Maka sebab itulah diletakkan peraturan-peraturan yang berat terhadap penjenayah masyarakat seperti penzina, pencuri atau pemabuk dengan maksud agar jenayah itu dapat dihindari dan dijauhi rakyat seluruhnya.

Undang-undang yang ringan seperti yang dilaksanakan dalam undang-undang sivil jelas tidak memberikan kesan yang efektif terhadap penjenayah-penjenayah itu. Lantaran itu, penyakit-penyakit ini semakin tersebar luas dan semakin bermaharaja lela, tanpa adanya balasan yang menakutkan.

Kita berpendapat, hanya dengan adanya hukuman-hukuman yang berat sajalah, dunia kita akan terselamat dari bahaya jenayah ini, dan Islam telah pun mempraktikkan hukuman ini dalam beberapa masa yang lalu, yang harus kita jejaki langkah-langkahnya. Mudah-mudahan Allah SWT  menunjukkan manusia kepada jalan yang lebih baik bagi keselamatan dunia dan akhirat. insyaAllah…

Wallahua’lam, Sekadar perkongsian…